CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, June 3, 2009

030609

Hari apa yerk nie... erm.. Hari nie hari yang paling bermakna bagi aku. Hari ni aku cuti. Saje je nak cuti nak rehatkan badan. Dah lama aku tak ambik cuit rasanya. Aku gie jalan kat JJ kepong tengok wayang n shopping. Kan JJ sekarang Sale tue yang gie jenjalan tue. Ala bukan Shoping pun tak beli apa cuma rembat suar je selai. Apa lagi aku nak citer time cuti nie yer... dah kering idea aku nie nak citer apa. Sekarang ni malas betul aku nak gie keje. Kalu tak keje nak makan apa plak n macam mana nak hidup kat KL nie. Pening kepala aku pikir pasal kemalasan aku nie. Nak ubat macam mana yerk... Dah lah aku berenti kat sini jer dulu.


Tuesday, May 26, 2009

Sy Ditagged...

4 names that friends call U:
-Yatie
-Yatt
-Roket
-Tie

4 most important dates in your life:
20 nov 1982 (Bezday Saya)
14 April 2008 (Ermmm apa yerk?)
3 June 19.. (Ermmm Rahsia la)
22 Okt 2007 (Masuk keje kat DBKL)


4 things you've done in the last 30 minutes:

Borak
reading blog
gayut tipon
tido dalam kete....


4 ways to be happy:

window shopping
dating
listening music
ngorat pakwe


4 gifts you would like to receive:
flower
ring
hp
bear

4 of your favourite hobbies:
baca novel cinta yang jiwang2
borak2
termenung layan blues...
tengok tv



4 places you want to go for vacation:
langkawi
london
bandung
US


4 things always found in your bag:
handphone
wallet
lipstic (tapi tak pakai pun)
duit syiling yang banyak

Top 4 u love so much:
mak & ayah
adik baradikku
dia kot...
erm... entah lah

Top 4 things 'special' for you:
ring
hp
bear

jam

Friday, May 15, 2009

Pengalaman, kenangan & sejarah

Entry kali ni aku nak citer pasal pengalaman aku bekerja. Seingat-ingat aku lah first time aku kerja dapat pengang duit masa tue aku masih belajar. Cuti sem 2 bulan aku keje kat Linguaphone Distributor Sdn Bhd kat pudu plaza keje part time masa tue dia offer 2 bulan je keje. sehari aku dia bagi RM50 huh.. banyak tue. aku dapat keje sebulan jer masa tue dah tak larat nak keje, bukan apa kena naik 2 bas masa tu aku duk kat kg baru. dapat ar aku RM950 seronok tak tau nak cakap ar. yer ar first dapat duit hasil titik peluh kita sendirikan. pastu tukar ar beli hpn baru. pastu semesta yang seterusnya aku keje kat ESSO kapar plak keje jadi assistant jer. best gak keje kat situ. gaji RM750 tapi aku tak keje sampai sebulan pun. nak raya masa tue. pengalaman ke-3 plak keje kat pasar raya JIMATKU kat selayang. kedai orang cina so ada lah jual arak. aku masa tu jadi casher so banyak lah pegang arak. yang menyakitkan hati tu kan ada sorang pakcik nie melayu beli arak pastu bila nak bayar kantoi ngan aku. silap besar ar dia bayar kat kaunter aku. pastu dia macam malu2 lah kononnya. aku buat muka selamber jer lah. pastu dia minta tolong aku balut botol arak tue. aku pun geram sound dia. ayatnya mcam nie " hai pakcik minum arak tak malu, tak kan nak balut gak kot" pastu pakcik tue dah termalu tahap gaban kot dia terus bla macam tue jer. aku keje kat kedai tue cuma 3 bulan jer. masa tue susah sangat rasa nak hidup banyak dugaan. dah lah menumpang rumah pakcik aku. bila ingat balik sedih tak tau nak cakap ar. lepas keje kat situ aku mintak keje kilang plak kat Western Digital kat PJ, jauhkan dari Selayang. tapi ada bas. hanya Tuhan jer yang tahu macam mana keperitan hidup pada ketika tue. hidup aku rasa selesa bila aku dapat keje kat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan jawatan Pekerja Am Rendah. terima kasih DBKL kerana sudi ambik aku keje. aku ditempatkan Di Jabatan Seni Taman Dan Kawalan Pembersihan Bandar. dan tempat keje aku kat Taman Metropolitan Kepong dibawah jagaan En Rozduan bin Abdul Hamid. kat situ aku keje mula2 jaga tandas kutip tiket pastu tak lama tue dia pindahkan aku kat pejabat rumah sampan jaga kaunter pertanyaan. banyak kenangan yang aku dapat masa keje kat situ. aku masuk DBKL 22 oktober 2007 dan 06 oktober 2008 aku dapat jawatan baru sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. seawalnya aku cuma simpanan saje. tapi semua rezeki Tuhan yang beri aku dapat gak jawatan tue. aku bersyukur sangat dapat jawatan selama ini aku pikirkan hanya impian je. dan sampai sekarang lah aku keje... tu lah pengalaman kenangan yang tak pernah aku lupakan...


Thursday, May 14, 2009

Renung-renungkan lah...

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku..Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku..Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut..
Ma!
Bila bangun tidur, aku cari..
Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepatmarah..
Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu?Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ?Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai harini..Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barangaku,Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk?
Ibu

Sekarang aku sudah ada pasangan hidup sendiri.....
Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ...
Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat ibuku
Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga padapasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan SelamatHari Ibu
Selalu...... ..Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila... ..Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan :-
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja.. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu?
Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"
Berderai air mata aku.
Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan.
Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatanlagi!!!
Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan!
Hanya yangtermampu Al-fatihah,al-fatihah, al-fatihah.



hehehee!!!!!

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus


Wednesday, May 13, 2009

Cuti Hari Pekerja

Cuti hari pekerja hari tu aku balik kampung. best ar sebab dapat cuti lama sikit. malam jumaat kliwon aku balik ke kampung, dah tak sabo rasanya. banyak gak ar xtvt yang aku dah rancang time cuti nie. dalam kul 1.30 pagi aku sampai kampung punya lah takut sebab nak masuk kg aku tu ada corner yang orang cakap keras cikit ar. aku sampai jer kat tempat tu baca2 lah sikit,takut tak tau nak cakap ar. esok nya plak sepupu aku buat kenduri cukur jambul,aku pun tolong ar rewang lah kekononnya. pastu petang tu aku gie kenduri kawan aku sorang ni, kendurinya esok tapi esok aku ada planning lain. so aku pun jengukkan mukalah. nanti dia kata apa plak, yerlah kawan dari sekolah rendah kan. tak patut...tak patut kalau tak datang. esok aku nak gie kenduri kat bota kg tut... he..he.. memang tak sabo nak datang kg dia. aku tak pernah menjejakkan kaki ke BOTA. first time lah tu nak gie redah jer lah. layanannya okey best ar gie sana. pastu dah dekat ngan lumut aku pun gie ar terus kelumut. mandi kat teluk batik adik2 aku lah gila meroyan nak mandi sangat. aku tak mandi pun, malas nak salin baju. jadi aku menung2 lepak2 jer kat tepi pantai tue ngan mak aku. esoknya aku balik lambat sikit sebab tolong mak aku buat kuih. so sebab tolak lambat sangat jemlah jalan. aku tolak dari kg kul 6.00 pai kl kul 10.00 macam gie johor. penat tak tau nak cakap ar. esoknya gie keje muka macam.... calo...
adik aku ni tak poyo sangat nak mandi
ni lah budak yang poyo sangat nak
berkubang... tu yang pengang pelampung tue
poyoz jer!!!!
ha ni dia sipoyo tue!


Terlalu lama rasanya

salam... perhhh.... lama giler aku tak update blog aku nie. dah bersawang dah rasanya tak bersapu. errmmm... kini baru lah aku tahu macam mana nak tukar template selama nie mana lah aku tahu nak tukar2 tue. yer lah umur dah 27 tahun baru nak belaja buat blog. sekarang aku dah ada sifu yang ajar aku nak mengedit2 blog nie. mula2 aku malas dah nak pikir pasal blog nie. masa mula2 belajar dulu jer yang xcited sangat nak update. lama2 dah malas dah. semalamlah aku tgok kawan aku bukan main dia mintak tunjuk sifu pasal blog2 nie. tukar itu lah ini lah tu yang jadi jeles tue. so aku pun minta ar sifu tu tunjuk kat aku sekali. nasib baik lah sifu tu tak kedekut ilmu... hehehe.. so sekarang ni semangat lah balik nak berblogging. hehehee... jangan angan2 taik ayam dah ler. tunggu jelah berapa lama plak entry aku lepas nie.calooo...