CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Wednesday, June 3, 2009

030609

Hari apa yerk nie... erm.. Hari nie hari yang paling bermakna bagi aku. Hari ni aku cuti. Saje je nak cuti nak rehatkan badan. Dah lama aku tak ambik cuit rasanya. Aku gie jalan kat JJ kepong tengok wayang n shopping. Kan JJ sekarang Sale tue yang gie jenjalan tue. Ala bukan Shoping pun tak beli apa cuma rembat suar je selai. Apa lagi aku nak citer time cuti nie yer... dah kering idea aku nie nak citer apa. Sekarang ni malas betul aku nak gie keje. Kalu tak keje nak makan apa plak n macam mana nak hidup kat KL nie. Pening kepala aku pikir pasal kemalasan aku nie. Nak ubat macam mana yerk... Dah lah aku berenti kat sini jer dulu.


Tuesday, May 26, 2009

Sy Ditagged...

4 names that friends call U:
-Yatie
-Yatt
-Roket
-Tie

4 most important dates in your life:
20 nov 1982 (Bezday Saya)
14 April 2008 (Ermmm apa yerk?)
3 June 19.. (Ermmm Rahsia la)
22 Okt 2007 (Masuk keje kat DBKL)


4 things you've done in the last 30 minutes:

Borak
reading blog
gayut tipon
tido dalam kete....


4 ways to be happy:

window shopping
dating
listening music
ngorat pakwe


4 gifts you would like to receive:
flower
ring
hp
bear

4 of your favourite hobbies:
baca novel cinta yang jiwang2
borak2
termenung layan blues...
tengok tv



4 places you want to go for vacation:
langkawi
london
bandung
US


4 things always found in your bag:
handphone
wallet
lipstic (tapi tak pakai pun)
duit syiling yang banyak

Top 4 u love so much:
mak & ayah
adik baradikku
dia kot...
erm... entah lah

Top 4 things 'special' for you:
ring
hp
bear

jam

Friday, May 15, 2009

Pengalaman, kenangan & sejarah

Entry kali ni aku nak citer pasal pengalaman aku bekerja. Seingat-ingat aku lah first time aku kerja dapat pengang duit masa tue aku masih belajar. Cuti sem 2 bulan aku keje kat Linguaphone Distributor Sdn Bhd kat pudu plaza keje part time masa tue dia offer 2 bulan je keje. sehari aku dia bagi RM50 huh.. banyak tue. aku dapat keje sebulan jer masa tue dah tak larat nak keje, bukan apa kena naik 2 bas masa tu aku duk kat kg baru. dapat ar aku RM950 seronok tak tau nak cakap ar. yer ar first dapat duit hasil titik peluh kita sendirikan. pastu tukar ar beli hpn baru. pastu semesta yang seterusnya aku keje kat ESSO kapar plak keje jadi assistant jer. best gak keje kat situ. gaji RM750 tapi aku tak keje sampai sebulan pun. nak raya masa tue. pengalaman ke-3 plak keje kat pasar raya JIMATKU kat selayang. kedai orang cina so ada lah jual arak. aku masa tu jadi casher so banyak lah pegang arak. yang menyakitkan hati tu kan ada sorang pakcik nie melayu beli arak pastu bila nak bayar kantoi ngan aku. silap besar ar dia bayar kat kaunter aku. pastu dia macam malu2 lah kononnya. aku buat muka selamber jer lah. pastu dia minta tolong aku balut botol arak tue. aku pun geram sound dia. ayatnya mcam nie " hai pakcik minum arak tak malu, tak kan nak balut gak kot" pastu pakcik tue dah termalu tahap gaban kot dia terus bla macam tue jer. aku keje kat kedai tue cuma 3 bulan jer. masa tue susah sangat rasa nak hidup banyak dugaan. dah lah menumpang rumah pakcik aku. bila ingat balik sedih tak tau nak cakap ar. lepas keje kat situ aku mintak keje kilang plak kat Western Digital kat PJ, jauhkan dari Selayang. tapi ada bas. hanya Tuhan jer yang tahu macam mana keperitan hidup pada ketika tue. hidup aku rasa selesa bila aku dapat keje kat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan jawatan Pekerja Am Rendah. terima kasih DBKL kerana sudi ambik aku keje. aku ditempatkan Di Jabatan Seni Taman Dan Kawalan Pembersihan Bandar. dan tempat keje aku kat Taman Metropolitan Kepong dibawah jagaan En Rozduan bin Abdul Hamid. kat situ aku keje mula2 jaga tandas kutip tiket pastu tak lama tue dia pindahkan aku kat pejabat rumah sampan jaga kaunter pertanyaan. banyak kenangan yang aku dapat masa keje kat situ. aku masuk DBKL 22 oktober 2007 dan 06 oktober 2008 aku dapat jawatan baru sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. seawalnya aku cuma simpanan saje. tapi semua rezeki Tuhan yang beri aku dapat gak jawatan tue. aku bersyukur sangat dapat jawatan selama ini aku pikirkan hanya impian je. dan sampai sekarang lah aku keje... tu lah pengalaman kenangan yang tak pernah aku lupakan...


Thursday, May 14, 2009

Renung-renungkan lah...

Orang kata aku lahir dari perut Ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku..Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku..Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut..
Ma!
Bila bangun tidur, aku cari..
Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepatmarah..
Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu?Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ?Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai harini..Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barangaku,Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk?
Ibu

Sekarang aku sudah ada pasangan hidup sendiri.....
Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ...
Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat ibuku
Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga padapasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan SelamatHari Ibu
Selalu...... ..Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila... ..Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan :-
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja.. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu?
Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"
Berderai air mata aku.
Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan.
Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatanlagi!!!
Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan!
Hanya yangtermampu Al-fatihah,al-fatihah, al-fatihah.



hehehee!!!!!

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus


Wednesday, May 13, 2009

Cuti Hari Pekerja

Cuti hari pekerja hari tu aku balik kampung. best ar sebab dapat cuti lama sikit. malam jumaat kliwon aku balik ke kampung, dah tak sabo rasanya. banyak gak ar xtvt yang aku dah rancang time cuti nie. dalam kul 1.30 pagi aku sampai kampung punya lah takut sebab nak masuk kg aku tu ada corner yang orang cakap keras cikit ar. aku sampai jer kat tempat tu baca2 lah sikit,takut tak tau nak cakap ar. esok nya plak sepupu aku buat kenduri cukur jambul,aku pun tolong ar rewang lah kekononnya. pastu petang tu aku gie kenduri kawan aku sorang ni, kendurinya esok tapi esok aku ada planning lain. so aku pun jengukkan mukalah. nanti dia kata apa plak, yerlah kawan dari sekolah rendah kan. tak patut...tak patut kalau tak datang. esok aku nak gie kenduri kat bota kg tut... he..he.. memang tak sabo nak datang kg dia. aku tak pernah menjejakkan kaki ke BOTA. first time lah tu nak gie redah jer lah. layanannya okey best ar gie sana. pastu dah dekat ngan lumut aku pun gie ar terus kelumut. mandi kat teluk batik adik2 aku lah gila meroyan nak mandi sangat. aku tak mandi pun, malas nak salin baju. jadi aku menung2 lepak2 jer kat tepi pantai tue ngan mak aku. esoknya aku balik lambat sikit sebab tolong mak aku buat kuih. so sebab tolak lambat sangat jemlah jalan. aku tolak dari kg kul 6.00 pai kl kul 10.00 macam gie johor. penat tak tau nak cakap ar. esoknya gie keje muka macam.... calo...
adik aku ni tak poyo sangat nak mandi
ni lah budak yang poyo sangat nak
berkubang... tu yang pengang pelampung tue
poyoz jer!!!!
ha ni dia sipoyo tue!


Terlalu lama rasanya

salam... perhhh.... lama giler aku tak update blog aku nie. dah bersawang dah rasanya tak bersapu. errmmm... kini baru lah aku tahu macam mana nak tukar template selama nie mana lah aku tahu nak tukar2 tue. yer lah umur dah 27 tahun baru nak belaja buat blog. sekarang aku dah ada sifu yang ajar aku nak mengedit2 blog nie. mula2 aku malas dah nak pikir pasal blog nie. masa mula2 belajar dulu jer yang xcited sangat nak update. lama2 dah malas dah. semalamlah aku tgok kawan aku bukan main dia mintak tunjuk sifu pasal blog2 nie. tukar itu lah ini lah tu yang jadi jeles tue. so aku pun minta ar sifu tu tunjuk kat aku sekali. nasib baik lah sifu tu tak kedekut ilmu... hehehe.. so sekarang ni semangat lah balik nak berblogging. hehehee... jangan angan2 taik ayam dah ler. tunggu jelah berapa lama plak entry aku lepas nie.calooo...

Friday, March 13, 2009

Aku inginkan ketenangan

Macam mana aku nak mulakan citer aku ni pun aku tak tau ler... aku tak tau macam mana perasaan aku sekarang nie. sedih? gembira? entah lah aku pun tak tau ngapa semua ni terjadi pada aku.. aku cuma nak kebahagian macam orang lain... kenapa orang lain boleh bahagia aku tak boleh... apa salah aku... aku tak mintak untuk jadi macam nie? Tuhan yang telah menentukannya... aku redha dengan apa yang terjadi pada aku... aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang tapi... kenapa? salah ker apa yang aku buat nie? salah ker? aku cuma nak kebahagian... aku rasa nak jer pergi jauh dari sini nak mencari ketenangan... nak cari dari masalah ni.. aku dah bosan.. bosan.. tapi sejauh mana aku lari pun masalah ni tak akan selesai selagi aku tak.... Ya Allah kau makbulkan lah segala doa-doaku... sesungguhnya aku insan kerdil yang hanya mampu memohon pertolongan darimu... berikan lah aku ketenangan... amin... kau lembut kan hati mereka untuk menerima apa yang aku lakukan untuk kebahagian aku... berikan aku peluang untuk kebahagian...

Friday, March 6, 2009

Bengang Versi Ke - 2

ENTRY KALI NI AKU NAK LEPAS GERAM LAGI... TAK TAU NAK LEPAS GERAM KAT SAPA... NAIK HONDA CITY YANG DIBELI BERATUS - RATUS RIBU... TAPI OTAK YANG DI KURNIAKAN OLEH TUHAN TAK PANDAI NAK GUNA...OKEY KE AYAT AKU NIE? BELI KETE MAHAL-MAHAL... TAPI AKU PELIK TAK ADA SIGNAL MACAM MANA YER... KETE YANG CIKAI-CIKAI PUN ADA SIGNAL NI KETE MAHAL NAK MAMPUS MACAM TU TAK ADA... PELIK GAK AKU... KE ORANG YANG DALAM KETE TUE YANG BANGANG... PAGI-PAGI JUMAAT REZEKI PUN BELUM MASUK DAH BUAT ORANG SAKIT HATI... APA LAH DIAORANG NIE TAK HORMAT ORANG LANGSUNG... ADA KER MASA KAT SUSUR KELUAR JALAN SULTAN SULAIMAN TU DIA MAIN PANCUNG JER... NASIB BAIK LAH ADIK AKU TAK LANGGAR BONTOT KETE DIA... AKU SEMPAT LAH AMBIK GAMBO KETE DIA... NAIK KETE MACAM BERUK... ORANG Q DIA TERUS NAK POTONG JER.. DULU DIA KECIK2 SEKOLAH MEMANG CIKGU DIA TAK AJAR BEBARIS KOT... HUHHHH PANAS SATU BADAN... KALAU DIA BAGI SIGNAL AMPUN LAH LAGI KAN NI TAK... SABO JER LAH...


Sunday, March 1, 2009

Kisah satu malam.....

"Kak lang aku lapo lah jom kita gie bunga raya makan char kue tiau udang", malas ar jauh sangat nak gie sana kang balik lapo balik. aku tengok jam dah pukul 12 malam. perhhhh... ingat nak ajak dia orang makan Md malam tu alih2 along aku dah makan nasi n beli satay. So tak jadi lah aku nak ajak diaorang makan... kelaparan lah aku dibuatnya. Mata tak leh nak tido.. boring giler... terbayang-banyang lah plak nak makan chicken chop. Last2 aku ajak gak adik aku gie makan kat kedai yang selalu makan... chop n stik nama kedai dia... dianya western food sedap ar.. tapi kalau macam tradisional nya hancussss... kadang aku gi situ bukan makan sangat pun just minum jer... cuma yang menarik perhatian aku gi situ sebab decoration kedai yang dia buat tue... cantik.. menarik... memang DAA BOOM... bagi pendapat aku ler.. kalau korang nya pendapat itu aku tak tau... kaalau gi makan kat situ ada meja yang boleh sila ala-ala kampung mungkin kedai tue bertemakan "western ala-ala kampung kot" aku lepak kat sana sampai kul 1.30 pagi.. pastu round kejap terus balik ar...

Friday, February 27, 2009

Lamanya...

Rasanya lama betul aku tak entry... nak kata sibuk tu tak adalah sesibuk mana pun tapi... entahlah tak ada mood plak... dan biasalah kat opis aku tu networknya mengalahkan siput... lembab giler.. tue yang tak semangat nak edit blog... aku bukan nak bodek bos aku ker apa... tapi aku bersyukur sangat-sangat sebab buat masa ni aku boleh bekerja dengan dia. dan segala apa yang tak sedap didengar dah terjawab lah... nasib baik aku tak terus anggap bos aku tue apa yang diaorang cakap... ermmm... tak salah kalau nak cakap... tapi aku tak leh terus telan apa yang orang tue cakap ... mungkin itu dianya pengalaman masa bekerja dengan dia... so far aku boleh lah bekerjasama ngan dia... okey lah kita cari makan dia pun cari makan gak buat apa nak busuk hati... eh melalut plak aku ni tadi citer lain ni citer lain plak... tak ada lah nak luahkan perasaan jer... so buat pengajaran bagi aku jangan dengar kata orang lain sebelum kenal seseorang tue. bukan pengajaran aku jer korang pun sama jangan pandang luaran saje... k lah setakat ni jer kot entry kali nie... Assalamualaikum.. tak jawab dosa

Friday, February 20, 2009

First time Editing guna Photo record








Kartunis Ubi

Salah seorang kartunis yang aku minat sejak dari zaman sekolah dulu... tgok ler hasil karya dari ubi..



Thursday, February 19, 2009

Kenangan DiTaman Metropolitan Kepong....






Kisah di pagi hari Selayang - KL

Salam... kalau nak diikut kan perasaan marah tiap2 pagi boleh jadi giler lah aku... perhhhh... kalau nak gie keje tak pernahlah tak jem... sebab apa jem..? sebab pemandu tu sendiri yang BODOH... tak pernah nak hormat hak orang lain. bawak ikut suka hati nak cilok dengan tak ada signal... beli kete mahal2 tapi signal tak ada... kan BANGANG tu...rasa macam nak jer turun tumbuk muka orang yang tak tau nak hormat orang... dah lah potong Q satu hal nak hormat orang lain tak leh ker... just bagi signal than angkat tangan dah, lega sikit hati kita nie... macam pagi semalam nak masuk terus jer masuk tak tgok pengguna yang lain... dia ingat jalan tue BAPAK dia yang punya suka hati dia nak masuk... nasib baik lah motor tu dapat elak tapi tapi kaki isteri dia kena bumper depan kete tue lah... dah lah tak nak turun... berbudi bahasalah sikit ko dah salah... tanya lah teruk ke apa ker.. ni tak duduk jer kat dalam kete... ko tak kena terajang muka ko pun dah cukup baik lah.. BODOH punyer Savvy hijau 4911.. Memang menguji kesabaran betul lah... keluar kul 6.30 pun jem tahap gaban... tak kan nak kuar kul 6.00 kot melampau ar.. bila lah nak siap diaorang buat jalan kat jalan meow..meow tu? Bukan apa aku tak mau lah pepagi hari dah menyumpah orang buat tambah dosa jer kang... yer lah sabo ada gak tahapnyer... dah lah... malas nak pikir.

Tuesday, February 17, 2009

Hari yang paling bengang....

Macam mana aku nak mulakan citer ni yer... semalam aku nyer numbering problem, petang plak tu rosaknya so.. aku cakap esok jer lah kalau nak repair pun.Pagi ni tadi aku gie lah HQ selepas dapat panggilan dari Bendahari. Pai aku kat sana aku buat Troubleshoot tak mau gak banyak kali aku buat.... So alternatif yang last sekali kol GMS Kontraktor aku... Aku tunggu punya tunggu dah pai kul 1130 tak sampai lagi orang dia... so aku call lah lagi GMS than dia cakap dia datang kul 200 okey fine aku pun call abang aku ajak makan kat luar. nak tunggu pai kul 2.00 nak mampui boring giler. nak lepak kat tempat member aku dia tak ada plak gie site. so aku kuar makan masuk balik kul 1.30. tunggu lah kat bawah pai kul 2 lebih banyak kali lah aku call dia pastu dia kata dah hantar so.. aku pikir mungkin otw lah. aku naik atas jumpa member aku lepak jap.. tak bleh jadi ni janji kul 2.00 ni dah kul 3.30 tak sampai lagi. so last sekali call lagi lah GMS pastu dia kata dah hantar orang n dah tukar mesin tu... perhhhh menyirap satu badan.. apsal tak call aku dah sampai rupanya dia hantar cina tua.. selalu nya kalau diaorang dah sampai akan call aku n aku akan turun. dah lah aku tanya sapa yang sain surat tue... tak pelah aku pun turun ker kaunter bendahari tu nasib baik ada surat tue.. so lega lah dah settle.. aku pun call lah pemandu jabatan nak suruh hantar ker opis aku.. aku 2..3 langkah aku nak ker pandu banyak Penguatkuasa tu panggil "mesin tu rosak lagi lah" mau tak menyirap satu badan.. aku bukak balik lah buat Troubleshoot macam pagi tadi tak leh gak.. pastu call GMS dia kata esok jer lah dia hantar Tec. perhhhh PANAZZZZZ beb satu badan... Nasib baik ada perkataan SABAR kat dunia ni so legalah sikit... hehehee... pengalaman...

Monday, February 16, 2009

Berteman Sepi

Penaku manari mencoretkan..sebuah puisi kelukaan..Gurindam jiwa..cinta & air mata..Dikamar hati ini..Masih ada sembunyi..Kenangan yang tak mampu..Kulemparkan jauh
Penaku menari melakarkan..gambar kesayuan masa silam..Cinta bersulam di ruang kerinduan..Berkaca jernih ingatanku..Biarpun dikau telah jauh..Dari pandanganku.. Manisnya pertemuan.. Pahitnya perpisahan..Segala kini tidak dapat..Untuk kubahasakan

Semua kini kaku..Tiada lagi merdu..Setiap madah baris kata..Buatkannya lagi buatku
Kini berteman sepi..Kini aku sendiri..Suka dan duka dalam meniti gelombang..Kemarau panjang..Jauh melangkah pergi..Tidak menoleh lagi..Kenangan silamku..Tinggal tertulis kini..Dalam sebuah puisi..Penaku menari melakarkan..Puisi sebuah pengalaman
Gurindam jiwa cinta & air mata..Dikamar sepi ini..Titisan membasahi..Dan aku tidak tahu..Pada siapa untuk ku luah rasa


Ingin kupergi jauh darimu..Agar kukenal erti rindu ini..Ingin aku menyelami jiwamu..Agar kukenal dirimu kasih..Ingin aku membenci dirimu..Tapi kebencian tiada padaku..Walau apa yang kau sangkakan..Aku tetap cinta padamu..Telah lama kuhidup melara..Telah kugagal dalam bercinta..Kini kau datang dengan seribu bintang..Bintang yang dulu sembunyi..Bintang yang tiada bererti..Kalau kau sudi menyentuhi hatiku..Aku kan selalu dekat padaku..Tapi jangan kau hanya cuba..Untuk mempermainkan cintaku..Jangan permainkan cintaku

Hari minggu....

Kalau hari minggu ni biasalah mesti bangun lambat... aku pun sama lah tapi tak ada lah lambat sangat dalam kul 10.00 aku dah bangun dah. "Apa aku nak masak ni...?" oooo ajak adik aku masak ayam goreng berempah, pastu buat nasi ayam yum..yum.. so aku pun gie kejap pasar borong selayang ala dekat depan umah aku jer.. beli ayam,kunyit,halia,lengkuas,jintan manis..bla..bla.. sebenarnya dah lama aku tak gie paso borong tu.. asyik lalu jer kat situ. adik aku yang siapkan bahan2 untuk rempah ayam tu sebenarnya... aku masak nasi dia n goreng ayam.. mak ai bau boleh tahan tak sabo nak rasa sedap ker tak.. skali dah siap goreng akulah orang yang pertama sekali merasanya... perhhhh sodap giler ko.. seronok tak tau nak cakap yerlah first time buat jadi sedap plak tu... puji tak ingat, kalau tak sedap macam kecewa lah nak buat lagi.. Alhamdullilah lah.. Jadi gak kami masak. so lain kali bleh ar masak lagi... aku lupa nak tangkap gambonya... kalau tak bleh korang tgok tak dapat rasa tgok jer jadi lah kan... hehehee.. lain kali kalau aku buat lagi aku entry ngan gambo skali yerk.

Saturday, February 14, 2009

Ayat-ayat cinta.. huhuuhuhh jiwangnya

Salam.. entry kali ni aku cilok ayat dari sahabat akunya tagged. aku kalau ayat2 jiwang ni yang sodap didengar aku suka.. hehehe... masa duk asrama dulu kawan aku ni memang kretip bab2 jiwang karat nie hhuhuuhhuh.... aku selalu suruh dia buat madah untuk aku hehehee... korang baca lah yer... layanzzz...

"... Kasih yg ingin ku gapai bersamamu tidak kesampaian...cinta yg ingin kumiliki, keciciran...aku sendirian menahan sebak yg mencengkam jiwa...gelora yg melanda diriku umpama ribut taufan yg menggila...aku kepiluan dalam menahan pedih yg merobek jiwa... Saat perpisahan terucap...jantungku bagai tersentap...jiwaku perlahan merintih...aku menangis sendirian...takdir tuhan sudah begitu...telah tersurat, kau bukan untukku...lantas aku berusaha menbuang bayangmu jauh dari hidupku... Aku kegagalan...wajahmu masih terbayang dimataku...sentuhan jemarimu masih menggetar jiwaku...masih hangat belaian rindumu terhadapku...aku masih belum berupaya melepaskan dirimu pergi jauh dari hudupku... Biarkan aku mencintaimu...aku bisa mengalahkan, kerinduan yg mendatang...cuma aku kegagalan melupakn kisah silam..."

Thursday, February 12, 2009

Sibuk Mengedit!!!!

Huhhhhh penat aku mengedit blog aku ni... sebenarnya aku tak tau macam mana nak edit blog nie... aku banyak tanya kat kawan aku farah... dia lah banyak tolong aku.. thank farah..

Tuesday, February 10, 2009

Aku...Mya N Mamanya....

Entry kali ni atas permintaan kawan baik aku nie yang tak sabo2 nak enter frame kat blog aku nie... gambo ni dia ambil pada majlis kawan kolej kami K'Pah. nah farah ko tgok lah gambo yang ko nak sangat ni... puas tak hati ko tu.. huhuuhuhhu jangan marah yer..Layanzzzz

Hari Wilayah

Korang layanzzz lah gambo aku ni ni time penyerahan bendera wilayah sempena nak menyambut hari wilayah tempoh hari... tngok skema tak aku ngan name tag skali.. yer lah akukan pekerja yang berdisplin dan berwawasan 2020 heheehehe... korang jangan ler jeles sangat.... layanzzz

Lepak2 kat Bagan Nakhoda Omar (BNO)

Lepas jer aku gi umah kawan aku kawin. petang tu kakak sepupu aku ajak plak gie lepak2 kat BNO. kul 3.60 kami gie lah ker sana naik 2 kete jer. sampai jer terus gie beli makanan nak makan tepi pantai lah kononnya. cuaca panaz gak ar tapi sebab duk tepi pantaikan angin banyak tu yang best tue. tgok gelagat2 mat rempit. aku ingat kat kl jer banyak mat2 rempit ni kat sini pun banyak jugak rupanya. macam boring jer tak ada xtvt... kami tgok lah budak cina tu siap bawak apatah aku pun tak tau nama dia, tapi alat untuk korek pasir. dia cari kepah rupanya... banyak siut dia dapat. so kami pun buat lah xtvt yang sama tapi korek pakai tangan jer... bleh tahan sakit gak ar nak korek pasir.. abis rosak kuku aku ni. banyak ar gak dapat.. rebus sodap tue. lepak kat sana pai kul 7.00 petang. abang long pun tak dapat ikan so kami pun balik.... best lah kalau buat xtvt macam ni untuk hilangkan tension berkerja huhuu... layanzzzzzz



my Freind wedding

08.02.09 seorang sahabat aku lagi dah mengakhir zaman anak daranya.. huhhuhuu sedihnya dah tak ada geng nak gie beraya n huha2 lagi lepas ni.Grand giler dia nya majlis. best ar ramai kawan2 ASPURI aku datang time tue. riuh rendah ar di buatnya majlis dia. ada yang bawah anak lah. perhhh pening kepala aku memikirkan aku hehehhee... bila plak masa untuk aku... hehehehehee... nah layanzzzz