CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, May 15, 2009

Pengalaman, kenangan & sejarah

Entry kali ni aku nak citer pasal pengalaman aku bekerja. Seingat-ingat aku lah first time aku kerja dapat pengang duit masa tue aku masih belajar. Cuti sem 2 bulan aku keje kat Linguaphone Distributor Sdn Bhd kat pudu plaza keje part time masa tue dia offer 2 bulan je keje. sehari aku dia bagi RM50 huh.. banyak tue. aku dapat keje sebulan jer masa tue dah tak larat nak keje, bukan apa kena naik 2 bas masa tu aku duk kat kg baru. dapat ar aku RM950 seronok tak tau nak cakap ar. yer ar first dapat duit hasil titik peluh kita sendirikan. pastu tukar ar beli hpn baru. pastu semesta yang seterusnya aku keje kat ESSO kapar plak keje jadi assistant jer. best gak keje kat situ. gaji RM750 tapi aku tak keje sampai sebulan pun. nak raya masa tue. pengalaman ke-3 plak keje kat pasar raya JIMATKU kat selayang. kedai orang cina so ada lah jual arak. aku masa tu jadi casher so banyak lah pegang arak. yang menyakitkan hati tu kan ada sorang pakcik nie melayu beli arak pastu bila nak bayar kantoi ngan aku. silap besar ar dia bayar kat kaunter aku. pastu dia macam malu2 lah kononnya. aku buat muka selamber jer lah. pastu dia minta tolong aku balut botol arak tue. aku pun geram sound dia. ayatnya mcam nie " hai pakcik minum arak tak malu, tak kan nak balut gak kot" pastu pakcik tue dah termalu tahap gaban kot dia terus bla macam tue jer. aku keje kat kedai tue cuma 3 bulan jer. masa tue susah sangat rasa nak hidup banyak dugaan. dah lah menumpang rumah pakcik aku. bila ingat balik sedih tak tau nak cakap ar. lepas keje kat situ aku mintak keje kilang plak kat Western Digital kat PJ, jauhkan dari Selayang. tapi ada bas. hanya Tuhan jer yang tahu macam mana keperitan hidup pada ketika tue. hidup aku rasa selesa bila aku dapat keje kat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan jawatan Pekerja Am Rendah. terima kasih DBKL kerana sudi ambik aku keje. aku ditempatkan Di Jabatan Seni Taman Dan Kawalan Pembersihan Bandar. dan tempat keje aku kat Taman Metropolitan Kepong dibawah jagaan En Rozduan bin Abdul Hamid. kat situ aku keje mula2 jaga tandas kutip tiket pastu tak lama tue dia pindahkan aku kat pejabat rumah sampan jaga kaunter pertanyaan. banyak kenangan yang aku dapat masa keje kat situ. aku masuk DBKL 22 oktober 2007 dan 06 oktober 2008 aku dapat jawatan baru sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. seawalnya aku cuma simpanan saje. tapi semua rezeki Tuhan yang beri aku dapat gak jawatan tue. aku bersyukur sangat dapat jawatan selama ini aku pikirkan hanya impian je. dan sampai sekarang lah aku keje... tu lah pengalaman kenangan yang tak pernah aku lupakan...


3 comments:

irvanqiesy said...

yat ndia tag yat,wat ikut kat blog nadia ye...

zeti said...

byknye pengalaman keje dia
baguih la tu.. suma tu leh mmatangkan kita kan ;)
akak pun dulu start dr bwh..

btw, selamat b'blogging..
jgn lupa msuk blog akak k ;)

Liz`Am said...

Yat...
Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...
seucap janji membuat kita percaya..
sekecil luka akan membuat kita kecewa..
tetapi..
sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."

fara